Saturday 11 June 2011

Hilangkan Panau

Tumbuk sepotong halia atau belerang hingga lumat dan sapukan ke muka. Lakukan setiap hari sebelum tidur.

Menghilangkan Jerawat

Campur bedak sejuk dan asam jawa. Sapukan pada jerawat. Ia akan hilang beransur-ansur.

Friday 10 June 2011

Kulit Cerah Dan Licin

Ambil sebiji limau nipis dan belah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. Kesannya kulit akan cerah, licin dan harum.

Merawat Kulit Berkedut

Parutkan sebatang lobak merah dan campurkan bersama sesudu tepung jagung serta sebiji kuning telur. Kacau bancuhan untuk disapu ke kulit sehari sekali.

Menegangkan Kulit Muka

Gunakan tepung ubi kayu dan timun yang sudah dihancurkan lalu campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka hingga kering sebelum dicuci atau rebus segenggam biji manjakani di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit bermasalah. Tunggu sehingga kering sebelum dicuci.

Menghaluskan Kulit Wajah

Didihkan susu segar atau susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk sebelum disapukan pada muka. Biarkan kering dan basuh.

Kulit Muka Segar Kemerahan

Ambil sebiji tomato masak, lenyek hingga halus. Kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan kering selama 20 minit dan bilas. Amalkan seminggu dua atau tiga kali seminggu.

Rambut Berbuah

Ramas buah pinang dan campurkan sedikit garam kasar serta air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas. Lakukan dua minggu sekali.

Meluruskan Rambut

Ambil santan perahan pertama daripada sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan air perahan limau nipis ke dalamnya. Sapukan sekali sehari. Selepas satu jam, cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Menghilangkan Kelemumur

Perahkan air limau purut atau limau nipis diatas kulit kepala dan lumurkan sehingga rata. Bagi mendapatkan hasil yang berkesan, rambut yang dilumur dengan perahan tadi dibalut dengan tuala hingga beberapa jam dan dibasuh dengan air suam.

Masalah Rambut Beruban Dapat Ditangani

Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Uban yang jelas kelihatan bakal berkurangan.

Mengelak Rambut Gugur

Ambil daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan diatas kepala selama sejam. Lakukan dua kali seminggu.

Melebatkan Rambut

Ambil daun bunga raya dan bersihkannya lalu diramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung dan satu sudu madu lebah. Gaul dan sapukan pada rambut. Perap guna tuala selama 10 minit dan cuci. Amalkan dua kali seminggu.

Melembutkan Rambut

Ambil segenggam kangkung. Masukkan ke dalam bekas bersama enam camca air suam dan ramas kangkung sehingga mengeluarkan lendir. Lendir disapukan pada rambut dan biarkan seketika. Bilas. Lakukan selama dua minggu berturut-turut.