Friday 25 February 2011

Manjakani Berkhasiat Untuk Kulit Muka

Bagi mereka yang menggemarkan khasiat manjakani, rebus sengenggam manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ia menggelegak dan pekat. Apabila air rebusan sudah suam, sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih.

Asam Jawa Bukan Hanya Untuk Masakan

Asam jawa juga banyak kegunaannya selain menyedapkan masakan anda. Bancuh sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi, kemudian kacau sehingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

Tomato Membersihkan Kulit Muka

Bagi mendapatkan kulit muka yang halus, ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian, lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.

Sunday 6 February 2011

Jarum Tidak Mudah Patah

Sebelum menggunakan jarum yang baru dibeli, rendamkan ke dalam bekas yang berminyak selama sehari. Selepas itu, bersihkan dan keringkan sebelum disimpan atau digunakan. Insya- Allah, jarum tidak mudah patah.

Mewangikan Ikan Panggang

Perapkan ikan bersama kunyit, garam dan hirisan daun kunyit yang telah dihiris halus. Selepas itu, balutkan ikan didalam daun pisang atau daun kunyit. Masukkan dalam pemanggang dan bakar dengan api yang sederhana.

Saturday 5 February 2011

Mengkudu Rawat Kaki Kering

Bersikan beberapa biji buah mengkudu. Kemudian, gosokkan buah mengkudu pada kaki yang kering, bersisik atau jari kaki yang pecah selama 15 minit untuk menghilangkannya. Selepas itu, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu untuk hasil yang terbaik.

Buang Gula-Gula Getah Di Rambut

Gula-gula getah atau chewing gum yang terkena pada rambut sememangnya agak sukar ditanggalkan. Bagi memudahkan ia dibuang, campurkan secawan tepung gandum dengan sedikit air. Kacau sehingga pekat dan sapukan pada bahagian rambut yang terkena getah tersebut. Kemudian, sikat rambut anda dan getah akan tertanggal dengan mudah.

Memutihkan Gigi Dengan Halia

Tumbuk sepotong halia dan satu sudu garam kasar sehingga lumat. Tambahkan sedikit air. Gunakan air ini untuk berkumur selepas menggosok gigi sebelum tidur. Insya-Allah, anda bukan sahaja mendapat gigi yang putih dan kuat, bahkan mulut juga akan berbau harum.

Hilangkan Parut Di Badan

 Kesan parut di badan pasti akan menimbulkan ketidakyakinan jika ia jelas kelihatan. Bagi mengurangkan kesan parut tersebut, ambil sebiji pisang dan kupas kulitnya. Kemudian, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada parut tersebut. Lakukan setiap hari hingga parut tersebut hilang.

Kuih Talam Tidak Merekah

Campuran tepung hendaklah dibancuh menjadi doh sebelum dicairkan. Kemudian, perapkan selama setengah jam atau lebih sebelum dicampurkan dengan santan. Hasilnya kuih talam akan cantik dan berkilat.

Periuk Lebih Berkilat

Periuk aluminium agak sukar dicuci jika berkarat. Untuk itu, cuba tuangkan sedikit cuka kedalamnya. Panaskan periuk di atas api perlahan dan kemudian, basuh seperti biasa. Periuk akan kembali berkilat.

Elak Nangka Muda Kelihatan Lebam

Masukkan beberapa helai daun ubi kayu ke dalam periuk. Rebus bersama-sama nangka muda tadi sehingga empuk.

Hilangkan Lumpur Pada Kerang

Alangkah enak menikmati kerang rebus atau bakar. Namun untuk membersihkan kerang satu persatu memanglah mengambil masa yang lama. Bagi memudahkan kerja-kerja pembuangan lumpur pada kerang, isikan kerang dalam bekas air dan ramas dengan menggunakan surat khabar. Ramaslah dalam masa lima minit dalam masa 5 hingga 10 minit dan kemudian bilas seperti biasa. Insya-Allah lumpur akan hilang dan bolehlah dimasak seperti biasa.

Kekalkan Kemanisan Tempoyak

Tempoyak memang enak dimakan apabila ditumbukkan dengan cili padi serta nasi panas. Untuk membuat tempoyak cukup senang kerana boleh membuatnya sendiri. Tempoyak juga boleh disimpan lama dan dimakan apabila perlu. Apabila kita mengikis isi durian masih terasa lagi kemanisannya. Walau bagaimanapun, lama kelamaan disimpan tempoyak akan menjadi masam. Untuk mengekalkan kemanisannya, letakkan tempoyak tadi ditempat ais beku dan biar selama mana pun rasanya akan tetap manis.

Tempurung Kelapa Boleh Lembutkan Daging

Daging kalau silap dipotong akan menjadi keras. Ini memerlukan masa yang panjang untuk merebus daging. Untuk menjadikan daging cepat menjadi lembut, ambil tempurung yang telah dilicinkan dan dibersihkan. Kemudian masukkan ketika merebus daging atau membuat gulai daging. Hasilnya daging akan cepat menjadi empuk dan senang untuk dimakan.

Cili Kering Elak Nasi Bau Hangit

Ada kalanya nasi yang dimasak boleh jadi hangit. Walau bagaimanapun, nasi yang hangit ini jangan dibuang. Anda boleh mencuba petua ini iaitu basuh 2 atau 3 tangkai cili kering dan kemudian masukkan dalam nasi yang hangit. Biarkan seketika dan Insya- Allah nasi tidak akan berbau hangit dan boleh dimakan begitu sahaja.

Elak Tauhu Masam

Selain digoreng seperti biasa, tauhu juga enak dibuat tauhu sumbat terutamanya di bulan puasa. Namun begitu ada kalanya tauhu yang disimpan boleh menyebabkan ia menjadi masam. Untuk mengelakkan tauhu menjadi masam, cuci tauhu sebersih-bersihnya. Kemudian lumurkan garam dipermukaan tauhu yang kemudian simpan dalam peti sejuk. Cara ini akan menjadi tauhu tahan lebih lama.

Elak Jantung Pisang Jadi Hitam

Seperti ulam-ulaman lain, jantung pisang juga mempunyai khasiat tersendiri. Walaubagaimanapun, jantung pisang yang direbus kadang kala menjadi hitam. Untuk mengelakkan berlaku seperti rebus jantung bersama pucuk ubi. Letakkah sedikit garam dalam air rebusan dan hasilnya jantung yang direbus tidak menjadi hitam.